Wednesday, February 3, 2010

Habib Ahmad Masyhur: Ulama Yang Berjasa MengIslamkan Ratusan Ribu Penduduk di Afrika

Sempena kunjungan al-Habib ‘Ali bin Ahmad Masyhur al-Haddad dan anak beliau al-Habib Adnan bin ‘Ali bin Ahmad Masyhur al-Haddad (foto sebelah) sebagai tetamu jemputan ke Majlis Sambutan Maulidurrasul صلى الله عليه وآله وسلم yang akan diadakan di Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya (pada 11 Rabiul Awwal 1431 – pakat mai ramai-ramai nooo …), Masjid al-Bukhary dan lain-lain pada tahun ini, maka inginlah al-Fagir mengambil kesempatan untuk memperkenalkan secara ringkas seorang ulama yang terkenal, yang merupakan ayah dan datuk kepada ulama yang mernjadi tetamu jemputan sambutan maulidirrasul tahun ini. Ulama ahlulbait ini telah menaburkan jasa yang sangat besar di Afrika Timur. Menurut Syeikh Yahya Rhudus, beliau telah mengislamkan lebih dari 300,000 orang selama berdakwah di bumi Afrika Timur. Dan ada yang mengatakan bahwa beliau telah mengislamkan lebih dari 500, 000 orang. Allahu Allah. Siapakah beliau yang sangat berjasa kepada masyarakat Afrika Timur dalam menyebarkan risalah Islam ini? Tidak lain, tidak bukan, beliau adalah Baqiyyatus Salaf wa Sayyidul Khalaf, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad.

Nasab: Beliau adalah al-Habib Ahmad Masyhur bin Thaha bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin Thoha bin ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad bin ‘Abdullah bin Thaha bin ‘Umar (adik bungsu kepada al-Imam ‘Abdullah al-Haddad) bin ‘Alwi bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah bin Muhammad al-Haddad bin ‘Alwi bin Ahmad bin Abi Bakar bin Ahmad bin Muhammad bin ‘Abdullah bin al-Faqih Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Alwi (Ammu al-Faqih) bin Muhammad Shahib Mirbath bin ‘Ali bin ‘Alwi Khali’ Qasam bin Muhammad bin ‘Alwi bin Ubaidillah bin Sayyidina al-Muhajir ilaLlah Ahmad bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far ash-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zain al-‘Abidin bin al-Hussin al-Sibth bin ‘Ali suami Fathimah al-Zahra’ binti Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.

Lahir: Dilahirkan di kota Qaidun yang terletak di Wadi Dau’an, Hadramaut sekitar tahun 1325H yang bersamaan dengan 1907M, oleh bondanya, Hababah Shofiyyah binti Thohir bin Umar al-Haddad. Ayahanda beliau, Habib Thoha bin ‘Ali bin ‘Abdullah al-Haddad adalah seorang waliyUllah yang khumul dan mastur, yang menghabiskan sebahagian besar usianya di Indonesia. Menjelang penghujung usia, barulah beliau kembali ke Hadramaut dan wafat disana. Bonda beliau, Hababah Shofiyyah adalah seorang ‘arifahbiLlah dan huffadz al-Quran.



Pendidikan:
Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mendapat pendidikan awal daripada bondanya, Hababah Shofiyyah. Suatu ketika, tatkala al-Imam al-Habib Ahmad bin Hasan bin 'Abdullah al-Atthas (wafat 1334H) berkunjung ke ribath Qaydun, Hababah Shofiyyah telah menyuruh anaknya, al-Habib Ahmad Masyhur yang ketika itu berusia sekitar 7 tahun, untuk melaksanakan sholat dibelakang al-Habib Ahmad bin Hasan bin Abdullah al-Atthas untuk mendapatkan keberkatan, kemudian al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas membacakan al-Fatihah baginya.

Seterusnya al-Habib Ahmad Masyhur mendapat pendidikan di Ribath Qaydun dari daripada dua ulama besar dari keluarga al-Haddad, pengasas kepada rubath tersebut iaitu Habib ‘Abdullah bin Thohir al-Haddad (wafat 1367H) dan saudaranya Habib ‘Alwi bin Thohir al-Haddad (wafat 1382). Di bawah dua ulama ini, Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mendalami lagi pengetahuan agamanya dalam bidang fiqh, tauhid, tasawwuf, tafsir dan hadits. Dalam usia muda, beliau telah hafal al-Quran dan menguasai berbagai lapangan ilmu agama sehingga diberi kepercayaan untuk mengajar pula di rubath tersebut. Habib Ahmad yang tidak pernah jemu menuntut ilmu turut menangguk ilmu di Rubath Tarim dengan para ulama yang mengajar di sana, diantaranya al-‘Allamah al-Habib ‘Abdullah bin Umar asy-Syathiri (wafat 1361H), al-‘Allamah al-Habib ‘Abd al-Baari bin Syeikh al-Aidarus dan ramai lagi.


Tatkala usia Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad menginjak 20, beliau telah dibawa oleh gurunya Habib 'Alwi bin Thohir al-Haddad ke Indonesia. Di sana selain berdakwah, beliau bertemu dan meneruskan pengajian dengan ramai lagi ulama dari kalangan Saadah ‘Alawiyyin di sana, antaranya al-Habib Muhammad bin Ahmad al-Muhdhar (wafat 1344H), al-‘Arifbillah al-Habib ‘Abdullah bin Muhsin al-Atthas (wafat 1351H), Al-‘Allamah al-Habib ‘Alwi bin Muhammad bin Thohir al-Haddad (wafat 1373H), al-‘Allamah al-Mu’ammar al-Habib ‘Ali bin ‘Abdurrahman al-Habsyi (wafat 1388H) dan ramai lagi. Kemudian al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad ke Mukalla untuk belajar kepada al-‘Arifbillah al-Habib Ahmad bin Muhsin al-Haddar. Beliau adalah antara guru yang banyak memberi kesan dari sudut rohani kepada al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad.



Berdakwah ke Afrika: Pertama kali al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mengembara ke Afrika Timur untuk berdakwah ialah pada tahun 1347H. Beliau memasuki walayah Zanzibar dan disambut dengan penuh penghormatan. Ketika itu di Zanzibar terdapat seorang ulama bernama al-Habib ‘Umar bin Ahmad bin Sumaith (foto sebelah). Pada bulan Ramadhan, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad tinggal di Masjid Jami’ dan mengajar tafsir al-Quran, bermula dengan surah al-Faatihah. Selama 25 hari beliau membicarakan tentang firman Allah: إياك نعبد وإياك نستعين.

Pada tahun 1350/1 beliau kembali ke Afrika, dalam perjalanannya melaksanakan ibadah haji. Beliau memasuki pelabuhan utama Kenya, Mombasa. Sewaktu di Mombasa, beliau mendapat tahu mengenai al-Habib Sholih bin ‘Alwi Jamalullail (beliau di kenal dengan nama Habib Swalleh Jamallely oleh masyarakat tempatan) yang menetap di Lamu, Kenya. Beliaulah yang melaksanakan pembacaan Maulid Simtud Durar setiap tahun di Lamu, Kenya. Majlis maulid yang diselengara di di hadiri oleh masyarakat dari Malawi, Afrika Selatan, Mozambique, Pulau Komoro, Uganda, Somalia, Tanzania dan lain-lain (sehingga kini ianya masih diadakan dihadiri oleh ribuan orang).

Mendengar kehadiran al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad, Al-Habib Sholih Jamalulail mengutuskan anaknya ke palabuhan untuk menyambut al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad. Mereka bertemu dan bersama-sama menunaikan sholat dhuhur di Masjid al-Riyadh, Lamu. Sewaktu pertemuan ini al-Habib Sholeh bin ‘Alwi Jamalulail sudah berusia lebihkurang 80 tahun.

Beliau, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad menulis surat menceritakan keadaan di Afrika kepada guru beliau, al-Habib ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad di Indonesia. Beliau juga menceritakan pertemuan beliau dengan al-Habib Sholeh Jamalullail.

Setelah itu, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad kembali ke Kenya untuk meneruskan usaha dakwah dan menyebar risalah nendanya yang mulia, Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Beliau menetap di Mombasa, Kenya. Dan dari situlah beliau melancarkan dakwahnya ke seluruh pelosok benua Afrika.

Pada tahun 1375H (1955), beliau berhijrah pula ke Kampala, Uganda dan menetap di situ sekitar 13 tahun. Beliau mendapat bantuan dan bimbingan dari al-‘Arifbillah al-Habib Umar bin Ahmad bin Sumaith yang menetap di Zanzibar. Al-Habib Umar bin Ahmad bin Sumaith sering menjunjungi al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad di Kenya. Dan pada tahun 1376H, beliau menziarahi al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad di Kampala.


Habib Ahmad dengan sungguh-sungguh dan gigih memanfaatkan masa dan tenaga beliau untuk berdakwah menyeru umat kepada agama yang diredhai Allah walaupun beliau terpaksa meredah hutan dan merentasi gurun untuk sampai ke perkampungan-perkampungan di Afrika seperti kawasan daerah Aqzam, sebuah kawasan pendalaman yang terpencil di Conggo. Dan hasil dari kegigihan dan kesungguhan beliau berdakwah, sepanjang berada di bumi Afrika, ratusan ribu yang memeluk agama Islam ditangan beliau.

Di samping itu beliau turut mengorbankan harta bendanya untuk agama dengan membangunkan banyak masjid dan madrasah dalam rangka dakwahnya di sana. Untuk memudahkan usaha dakwahnya, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mempelajari bahasa Swahili iaitu bahasa yang digunakan oleh penduduk Timur Afrika. Di dalam bergaulan hariannya, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mengunakan bahasa Swahili untuk berkomunikasi. Namun di majlis-majlis umum beliau mengunakan bahasa ‘Arab untuk menyampaikan ceramah. Ini adalah kerana bahasa ‘Arab adalah bahasa al-Quran dan bahasa yang digunakan oleh nenda beliau, Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Hal ini beliau lakukan untuk menegaskan betapa penting dan mulianya bahasa ‘Arab. Pada tahun 1389H, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad kembali dari Uganda ke Kenya, dan kemudiannya menetap di sana. Beliau setiap tahun mengerjakan ibadah haji.


Peribadi: Beliau adalah seorang yang sentiasa menjaga wirid harian dan sholat-sholat sunnah. Tidak pernah meninggalkan sholat malam walaupun beliau dalam musafir. Pendekata, kehidupan yang beliau mencontohi kehidupan nendanya, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Setiap gerak geri, tuturkata dan senyuman beliau menyegarkan ingatan para pencintanya akan kehadiran Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Tiada yang melihat wajah beliau melainkan akan mengingati Allah. "Haibah" padanya menyebabkan orang yang melihat beliau berasa hormat, namun kelembutan dan hormatnya pada semua orang, melembutkan hati mereka yang hadir ke maslis beliau. Mereka akan terlupa segala masalah dan dapat menikmati pengalaman diterima oleh seseorang yang cukup hampir dengan Allah dan RasulNya. Beliau menghabiskan usianya dengan beribadah dan berdakwah mengajak manusia kepada agama Allah. Beliau seorang yang sedikit berbicara dan banyak berfikir. Tawanya hanyalah berupa senyuman. Beliau berbicara mengikut tingkat pemahaman seseorang. Beliau berusaha keras untuk duduk bersama mereka yang dhaif, sakit dan miskin sengsara.

Karya: Biarpun sibuk dengan berdakwah dan mengajar, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad juga ada menulis. Diantara kitab-kitab karangan beliau tulis adalah:

  • Miftahul Jannah (merupakan kitab beliau yang paling masyhur. Telah diterjemahkan oleh murid beliau, Syeikh Musthafa Hasan al-Badawi ke dalam bahasa Ingeris dan ianya tersebar luas di Eropah. Juga ada diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia);
  • Majmu` Fatawa;
  • Syarh Nadzam Sa`id bin Nabhan;
  • Ad-Durratun Nafi`ah;
  • As-Sabhatuts Tsamina
  • Al-Maslak al-Faa`ih fi Ahkam ash-Shoid wa adz-Dzabaa`ih
  • Risalah fi Tadwin as-Sunnah an-Nabawiyyah

Di samping itu, beliau turut meninggalkan beberapa rangkaian ucapan sholawat yang indah dan penuh asrar dan keberkatan. Antara sholawat gubahan al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad adalah satu sholawat yang menyebut penciptaan Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. daripada nur kepunyaan Allah, yang berbunyi:-

Wahai Allah, Tuhan sumber cahaya alam semesta
Limpahkan sholawat atas Junjungan yang Engkau cipta
Dari nur milikMu ciptaan indah tiada tara
Dan ampunilah aku serta sinarilah hatiku yang alpa
Dengan makrifatMu terang bercahaya
Juga dengan makrifatnya akan diriMu yang Maha Mulia
Atas keluarga serta sahabat baginda limpahkanlah sama Limpahan sholawat dan salam sejahtera


Wafat: Pada penghujung hayatnya, Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad sering berulangalik daripada Afrika ke Makkah dan Madinah. Tatkala usia beliau semakin lanjut, beliau memilih untuk menetap di Jeddah bersama ahli keluarga beliau. Pada hari Rabu, 14 Rajab 1416H bersamaan 6 Disember 1995M, di Jeddah dalam usia menghampiri 90 tahun, beliau kembali kerahmatullah. Jenazah beliau disholatkan di Jeddah diimamkan oleh Sayyid Muhammad bin 'Alawi al-Maliki al-Hasani (al-Marhum) dengan kehadiran alHabib 'Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf.

Jenazah beliau yang mulia kemudiannya telah dibawa ke Makkah dan disholatkan sekali lagi di hadapan Ka'bah al-Musyarrafah sebelum dimakamkan di Hauthah Saadah al-‘Alawiyyin di Jannatul Ma'la.

Moga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan keredhaanNya ke atas Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad serta para leluhurnya. Allahumma aamiin .. al-Fatihah.


Sekian dan salam dari,
Al-Fagir Abu Zahrah
Taman Seri Gombak
18 Shafar 1431/3 Februari 2010

Rujukan al-Fagir dalam menyusun biografi ini: Tulisan al-Fadhil Ustaz Abu Muhammad (blog Bahrus Shofa), tulisan al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Kader al-Joofre di blog beliau, tulisan Syeikh Musthafa Hasan al-Badawi pada Terjemahan Kitab Miftahul Jannah (Key To The Garden), Potpourri al-Huda Trust Fund dan lain-lain sumber.





Majlis Maulid di Jeddah yang dihadiri oleh Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad, as-Sayyid Muhammad bin 'Alawi al-Maliki al-Hasani, al-Habib Abdul Gadir bin Ahmad as-Seggaf


Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mentalqinkan kalimah لاإله إلا الله
disini






Tuesday, December 22, 2009

Majlis Bersama Habib Umar

Biografi ringkas dapat dibaca disini



Thursday, October 22, 2009

Manaqib al-Imam al-Habib 'Abdullah bin 'Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه

Sempena Majlis Haul al-Imam al-Habib 'Abdullah al-Haddad tahun 1430H, maka ambo ingin berkongsi sekelumit manaqib beliau رضي الله عنه. Manaqib serba ringkas ini sebenarnya dah pun ambo paparkan diblog al-Fanshuri sewaktu menceritakan pengalaman ziarah ke Hadramaut. Cuma yang ini, ambo tambah mana yang kurang. Untuk lebih mengenali beliau رضي الله عنه, bacalah kitab-kitab karangannya.


Nasabnya yang mulia: al-Habib Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah bin Muhammad al-Haddad bin ‘Alawi bin Ahmad bin Abi Bakar bin Ahmad bin Abi Bakar al–Thowil bin Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin al-Faqih Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Alawi bin Muhammad Shahib Mirbath bin ‘Ali bin ‘Alwi Khali’ Qasam bin Muhammad bin ‘Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far ash-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zain al-‘Abidin bin al-Hussin al-Sibth bin ‘Ali suami Fathimah al-Zahra’ binti Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Al-Imam Al-Habib Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Ali al-Haddad رضي الله عنه diputerakan pada malam Itsnain 5 Shafar 1044H (30 Julai 1634M). [ada riwayat yang mengatakan bahwa beliau رضي الله عنه dilahirkan pada malam Khamis 5 Shafar 1044H sebagaimana disebut oleh Thoha bin Hasan bin 'Abdurrahman as-Seggaf]. Ini sebagaimana disebutkan oleh Syaikh ‘Ahmad bin ‘Abdul Karim al-Hasawi as-Sajjar didalam kitab yang bertajuk Tatsbitul Fuad bi Zikri Kalam Majalis al-Quthub al-Imam ‘Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad, beliau berkata: Beliau رضي الله عنه berkata:

Kami telah menghafaz tarikh kelahiran kami daripada ibu kami. Ibuku berkata: Aku dilahirkan pada malam Itsnain, tanggal 5 Safar, tahun 1044H. Beliau رضي الله عنه bercerita lagi: Seorang jiran wanita membungkusku dengan pakaian ayahku. Malam itu aku menangis dan menjerit-jerit sampai pagi. Lalu ibuku berkata kepada sebahagian wanita yang berada didalam rumah: Cuba engkau lihat, apa terjadi kepada anakku, kenapa dia tidak mahu diam. Wanita itu kemudian memeriksa kain yang membalutku. Ternyata didalamnya terdapat seekor kala jengking yang sangat besar. Badanku merah-merah kerana sengatannya [dalam setengah riwayat mengatakan lebih dari 20 sengatan].

Beliau didlahirkan disebuah perkampungan bernama Subair yang terletak berhampiran dengan kota Tarim di Wadi Hadhramaut, di Selatan Yaman. Beliau membesar didalam lingkungan keluarganya yang terkenal dengan kesholehan.

Ayahnya Habib ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad, sejak kecil berada di bawah asuhan ibunya Hababah Salwa, yang dikenal sebagai wanita ahli ma’rifah dan wilayah. Bahkan al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad رضي الله عنه sendiri banyak meriwayatkan kekeramatan ayahnya. Datuk al-Habib Abdullah al-Haddad dari sebelah ibunya Habib Umar bin Ahmad al-Manfar Ba'Alawi yang termasuk ulama yang mencapai darjat ma’rifah yang sempurna. Imam al-Haddad رضي الله عنه meriwayatkan sekitar 45 karamah yang dimilikinya.

Imam al-Haddad رضي الله عنه mendapat didikan awal dari ayahandanya Habib ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad dan ibundanya Hababah Salma binti Idrus bin Ahmad bin Muhammad al-Habsyi .

Ketika umurnya 4 tahun, beliau رضي الله عنه telah diserang penyakit cacar hingga menyebabkan beliau buta kedua matanya. Walaubagaimanapun matahati terang benderang. Sewaktu kecilnya beliau tidak menghabiskan masanya dengan bermain sebagaimana anak kecil sebayanya. Beliau رضي الله عنه menghabiskan waktunya dengan menghafal al-Quran, bermujahadah an-Nafs dengan mengerjakan banyak ibadah dan mencari ilmu.

Ayahnya, al-Habib ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad wafat pada malam itsnain awal bulan Rajab 1072H. Kemudian disusuli pula oleh ibunya iaitu pada hari Rabu, tanggal 24 Rajab 1072H. Ketika itu Imam al-Haddad sudah berumar 28 tahun.

Guru-gurunya: Diantara guru-guru beliau
رضي الله عنه adalah:
  • al-Habib Muhammad bin ‘Alawi bin Abu Bakar bin Ahmad bin Abu Bakar bin ‘Abdurrahman al-Saqqaf (1002 – 1071H)
  • Syaikh Abu Bakar bin bin Imam ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin Abu Bakar bin Syaikh ‘Abdurrahman al-Saqqaf
  • al-Habib ‘Aqil bin ‘Abdurrahman bin Muhammad bin ‘Ali bin ‘Aqil bin Syaikh Ahmad bin Abu Bakar bin Syaikh bin ‘Abdurrahman al-Saqqaf
  • al-Habib ‘Umar bin ‘Abdurrahman al-‘Atthas bin Aqil bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdullah bin Abdurrahman al-Saqqaf (wafat:1072H).
  • al-Habib ‘Abdurrahman bin Syaikh Maula ‘Aidid Ba’alawi (wafat: 1068H)
  • Sayyid Syaikhan bin Imam al-Hussein bin Syaikh Abu Bakar bin Salim
  • al-Habib Syihabuddin Ahmad bin Syaikh Nashir bin Ahmad bin Syaikh Abu Bakar bin Salim
  • al-Habib Jamaluddin Muhammad bin Abdurrahman bin Muhammad bin Syaikh al-Arifbillah Ahmad bin Syaikh al-Hussein bin Syaikh al-Quthb al-Rabbani Abu Bakar bin Abdullah al-‘Aydrus (1035-1112H)
  • Sayyid al-Faqih al-Shufi Abdullah bin Ahmad Ba`alawi al-Asqa’
  • Sayyid Syaikh al-Imam Ahmad bin Muhammad al-Qusyasyi (wafat 1071H)
Khirqah Sufiyah: Imam al-Haddad رضي الله عنه menerima khirqah sufiyyah, antaranya daripada:
  • al-Habib ‘Aqil bin ‘Abdurrahman bin Muhammad bin ‘Ali bin ‘Aqil bin Syaikh Ahmad bin Abu Bakar bin Syaikh bin ‘Abdurrahman al-Saqqaf,
  • al-Habib ‘Umar bin ‘Abdurrahman al-‘Atthas bin Aqil bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdullah bin Abdurrahman al-Saqqaf (wafat:1072H),
  • al-Habib Syihabuddin Ahmad bin Syaikh Nashir bin Ahmad bin Syaikh Abu Bakar bin Salim,
  • al-‘Arifbillah Syaikh Muhammad bin ‘Alawi as-Saqqaf al-Makki
Beliau adalah merupakan Quthub al-Aqtab pada zamannya. Dan ada ulama mengatakan bahwa beliau رضي الله عنه menduduki makam tersebut hampir 60 tahun.

Murid-muridnya: Murid-murid beliau, antaranya:-
  • al-Habib Hasan bin ‘Abdullah al-Haddad (anak beliau);
  • al-Habib Ahmad bin Zein al-Habsyi;
  • al-Habib ‘Abdurrahman bin ‘Abdullah Balfaqih;
  • al-Habib Muhammad bin Zein bin Smith;
  • al-Habib ‘Umar bin Zein bin Smith;
  • al-Habib ‘Umar bin ‘Abdurrahman al-Bar;
  • al-Habib ‘Ali bin ‘Abdullah bin Abdurrahman al-Saqqaf;
  • al-Habib Muhammad bin ‘Umar bin Thoha ash-Shafi al-Saqqaf;
  • Syaikh Ahmad bin Abdul Karim al-Hasawi asy-Syajjar
  • Al-Faqih BaJubair – beliau adalah merupakan guru kepada Imam al-Haddad dalam ilmu fiqih namun setelahnya ulama ini bellajar kitab Ihya kepada Imam al-Haddad. Imam al-Haddad berkata: Setelah kembali ke Hadramaut (dari India) dia belajar Ihya kepadaku. Aneh sekali! Dahulu aku belajar fiqih kepadanya, namun sekarang dia belajar ihya kepadaku.
  • dan ramai lagi
Penulisan: Beliau رضي الله عنه mula menulis ketika berumar 25 tahun dan karya terakhir beliau ditulis pada ketika usianya 86 tahun. Karya al-Habib Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad, antaranya:-
  • Risalah al-Muzaakarah ma’a al-Ikhwan al-Muhibbin min Ahl al-Khair wa ad-Din (رسالة المذاكرة مع الإخوان المحبين من أهل الخير والدين) - kitab ini selesai ditulis pada hari Ahad sebelum waktu Dhuhur, akhir bulan Jumadilawwal 1069H.
  • Risalah al-Mu’aawanah wa al-Mudzaaharah wa al-Mu`aazirah li ar-Raghibin minal Mu’minin fi Suluki Thoriqil Akhirah (رسالة المعاونة والمظاهرة والمؤازرة للراغبين من المؤمنين في سلوك طريق الأخرة) - kitab ini selesai ditulis pada tahun 1069H, sewaktu beliau berusia 26 tahun. Dan ditulis atas permintaan Habib Ahmad bin Hasyim al-Habsyi.
  • Risalah Aadab Suluk al-Murid (رسالة آداب سلوك المريد) - kitab ini selesai penulisannya pada tanggal 7 atau 8 Ramadhan, tahun 1071H.
  • Ithaf as-Saail bi Jawaab al-Masaail (إتحاف السائل بجواب المسائل) - kitab ini adalah merupakan kumpulan jawaban atas pelbagai persoalan yang diajukan kepada beliau oleh Syaikh 'Abdurrahman Ba'Abbad asy-Syibaami. Dan ianya ditulis sewaktu Imam al-Haddad berkunjung ke Dau'an pada tahun 1072H. Kitab ini mengandungi 15 pertanyaan dengan jawaban dan ulasan yang mendalam dari Imam al-Haddad. Selesai ditulis pada hari Jum'at, 15 Muharram 1072.
  • An-Nashoih ad-Diniyah wa al-Washoya al-Imaniyah (النصائح الدينية والوصايا الإيمانية) - kitab ini beliau tulis pada usia 45 tahun. Selesai ditulis pada hari Ahad, 22 Sya'ban 1089H. Kitab ini mendapat pujian dari para ulama kerana ianya merupakan suatu ringkasan daripada Ihya. Kata-kata di dalam kitab ini mudah, kalimatnya jelas, perbahasannya sederhana dan disertai dengan dalil yang kukuh. Sesuai dibaca oleh orang awwam dn juga khawas.
  • Sabil al-Iddikar wa al-I’tibaar bima Yamurru bi al-Insan wa Yanqadhi lahu min al-’A’maar (سبيل الإدكار والا عتبار بما يمر بالإنسان وينقضي له من الأعمار) - terdapat perbedaan pendapat mengenai usia Imam Haddad menulis kitab ini. Ada yang mengatakan pada ketika beliau berusia 60 tahun (1104H) atau 63 tahun (1107H). Dan ada yang mengatakan kitab ini diselesaikan pada hari Ahad 29 Sya'ban 1110H. Kitab ini membahaskan mengenai fasa-fasa hidup manusia.
  • Ad-Da’wah at-Tammah wa at-Tazkirah al-‘Ammah (الدعوة التامة و التذكرة العامة) - kitab ini diselesaikan oleh Imam al-Haddad pada usia beliau 70 tahun. Selesai ditulis pada pagi Jum'at 27 atau 28 Muharram 1114H.
  • An-Nafais al-‘Uluwiyyah fi al-Masaail as-Shufiyyah (النفائس العلوية في المسائل الصوفية) - kitab ini selesai ditulis pada hari Khamis, bulan Dhulqaedah 1125H. Usia Imam al-Haddad pada ketika ini adalah 81 tahun. Kitab ini membahaskan masalah yang berkaitan dengan shufi.
  • Al-Fushul al-‘Ilmiyyah wa al-Ushul al-Hikamiyah (الفصول العلمية والأصول الحكمية) - kitab ini selesai ditulis pada 12 Shafar 1130H iaitu ketika Imam al-Haddad berusia 86 tahun iaitu 2 tahun sebelum kewafatan beliau.
  • Kitab al-Hikam (كتاب الحكم )


  • Mukaatabaat wa Washooyaa ( مكاتبات و وصايا )
  • Wasilah al-‘Ibaad ila Zaad al-Ma’aad (وسيلة العباد إلى زاد المعاد);
  • Ad-Durr al-Mundzum li Zaawil ‘Uqul wa al-Fuhuum (الدر المنظوم لذوي العقول والفهوم);
  • Tastbitul Fuad ( تثبيت الفؤاد)- dikumpul oleh murid beliau Syaikh Ahmad bin Abdul Karim al-Hasawi asy-Syajjar)
Kebanyakkan karya beliau telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris , Perancis dan juga bahasa Indonesia dan Malaysia.


Ibadahnya: Beliau رضي الله عنه sangat bersungguh-sungguh didalam mengerjakan ibadah dan mujahadah an-Nafs sedari usianya masih kanak-kanak. Pada bidayahnya beliau mengunjungi seluruh masjid di kota Tarim untuk beribadah. Beliau sentiasa berjaga malam untuk mengerjakan ibadah. Hampir 40 tahun beliau bersholat shubur dengan wudhu` sholat 'Isya`. Banyak berzikir dan membaca al-Quran. Biji tasbihnya berjumlah 1000 biji. Beliau menunaikan ibadah haji pada tahun 1079H, iaitu ketika berusia 35 tahun. Beliau juga mengambil kesempatan tersebut untuk bertemu para ulama di Haramain.




Akhlaqnya: Akhlaqnya mencontohi akhlaq datuknya, Rasulullah صلى لله عليه وآله وسلم samaada pada perkataan atau perbuatannya. Terkenal sebagai seorang yang pemurah. Sentiasa manis bibirnya dengan senyuman dan menngembirakan orang lain. Sangat memberi perhatian kepada penuntut ilmu dan majlis ilmu. Membalas kejahatan dengan kebaikan. Sangat wara’ dalam perkara-perkara syubhat. Kalau memberi upah beliau akan memberi lebih tinggi daripada yang diharapkan. Beliau رضي الله عنه juga adalah seorang yang sangat menyayangi kaum faqir miskin. Beliau pernah berkata: Andaikata aku berupaya atau mampu, tentu akan aku penuhi keperluan semua kaum miskin, sebab pada awalnya, agama ini ditegakkan oleh kaum mu'minin yang lemah. Beliau juga berkata: Dengan sesuap makanan tertolaklah berbagai bencana.

Beliau رضي الله عنه seorang yang tidak menyukai kemasyhuran atau kemegahan dan tidak suka dipuji. Beliau berkata: Banyak orang membuat syair-syair untuk memujiku. Sesungguhnya aku hendak mencegah mereka, tetapi aku khuatir tidak ikhlas dalam berbuat demikian. Maka kubiarkan mereka berbuat sekehendaknya. Dalam hal ini aku lebih suka meneladani Nabi صلى الله عليه وآله وسلم kerana Baginda pun tidak melarang ketika shahabat Baginda membacakan syair-syair pujian kepada Baginda.

Oleh kerana beliau رضي الله عنه seorang khumul, menghindari syuhrah (kemasyhuran), sangat tidak suka orang membicarakan karamahnya maka beliau pernah memerintahkan muridnya melupuskan (dengan menghanyutkan kesungai) 2 jilid kitab disusun yang menyebut tentang karamahnya. Dan beliau selalu mennashihati muridnya untuk tidak melakukan ibadah untuk mendapatkan karamah.

Beliau رضي الله عنه juga suka mendirikan masjid, antara yang dibinanya adalah Masjid al-Awwabin, Masjid al-Abrar, Masjid al-Abdal, Masjid al-Fath, Masjid at-Tawwabin dan Masjid Ba’Alawi di Basyon.

Karamahnya: Al-Habib ‘umar bin Zain bin Sumaith mengatakan bahwa seorang waliyullah yang hidup sezaman dengan al-Imam ‘Abdullah bin ‘alawi al-Haddad dan bermuqim di Mekah – sehari setelah kewafatan Imam al-Haddad - telah memberitahu kepada sejumlah orang di Mekah bahwa semalam Imam al-Haddad telah wafat. Ketika ditanya, darimana waliyullah itu tahu hal tersebut, maka beliau menjawab: Tiap hari siang dan malam, saya melihat beliau (Imam al-Haddad) selalu datang thawaf Ka’bah (padahal Imam al-Haddad berada di Tarim). Hari ini aku tidak melihatnya lagi, kerana itu aku mengetahui bahwa beliau sudah wafat.


Pujian Ulama Keatasnya: Mufti Hadhramaut, Habib 'Abdur Rahman bin Muhammad bin Husain bin 'Umar al-Masyhur Ba 'Alawi dalam Ghaayatu Talkhish al-muraad min fatawa Ibni Ziyaad menyatakan bahawa Imam a-Haddad رضي الله عنه adalah merupakan mujaddid kurun ke-11H. Pada halaman 293 - 294 di pinggir Bughyatul Mustarsyidin, beliau menyatakan:- [Masalah] Hadits "Bahawasanya Allah akan membangkitkan buat umat ini pada awal setiap 100 tahun orang yang akan memperbaharui (mentajdidkan) agama umat ini (yakni yang akan memperbaharui pegangan dan keyakinan umat terhadap agama mereka)," dikeluarkan hadits ini oleh Imam Abu Dawud dan Imam al-Hakim dan selain kedua mereka. Dan dalam lafaz lain dinyatakan "Pada setiap 100 tahun seorang lelaki daripada ahli baitku," sebagaimana dinyatakan oleh Imam Ahmad. Berkata Imam as-Sayuthi, hadits ini adalah masyhur dengan diriwayatkan oleh para hafiz yang muktabar. Maka mujaddid bagi:-

  • Kurun pertama: Sayyidina 'Umar bin 'Abdul 'Aziz;
  • Kurun ke-2: Imam Muhammad bin Idris asy-Syafi`i;
  • Kurun ke-3: Ibnu Suraij atau al-Asy'ari;
  • Kurun ke-4: ash-Sha'luki atau Abu Hamid al-Isfaraini atau Qadhi Abu Bakar al-Baaqilani;
  • Kurun ke-5: Imam al-Ghazali tanpa ada khilaf;
  • Kurun ke-6: al-Fakhrur Razi atau ar-Rifaa`i;
  • Kurun ke-7: Ibnu Daqiiqil 'Eid;
  • Kurun ke-8: al-Bulqini dan Zainuddin al-'Iraqi atau Ibnu Bintil Mailaq;
  • Kurun ke-9: Syaikh Zakaria al-Anshari sebagaimana dinyatakan oleh guru kami ath-Thanbadaawi dan adalah Imam asy-Sayuthi telah menisbahkan tajdid kepada dirinya (yakni menyatakan dirinya sebagai mujaddid), dan tiada syak bahawa Syaikh Zakaria lebih memberi manfaat (buat umat) dan lebih masyhur, maka dialah mujaddid ke-9 ini, insya-Allah;
  • Kurun ke-10: yang aku jumpa daripada keterangan para masyaikh bahawa mujaddid kurun ini ialah Syaikh Ahmad bin Hajar al-Haitami atau Imam Muhammad ar-Ramli, dan dirajihkan oleh sebahagian ulama bahawa mujaddidnya ialah Imam Muhammad ar-Ramli kerana Imam Ibnu Hajar meninggal sebelum berlalu kurun (yakni Imam Ibnu Hajar meninggal di akhir kurun dan tidak bertemu dengan awal kurun yang baru);
  • Kurun ke-11: Sayyidinal Quthub 'Abdullah bin 'Alawi al-Haddad 'Alawi;
  • Kurun ke-12: al-Quthub Ahmad bin 'Umar bin Sumaith Alawi. [petikan dari blog Ustaz Abu Muhammad - Bahrusshofa]

Seorang ulama menggambarkan kedudukan beliau dengan ungkapan: Didalam dunia tasawwuf Imam al-Ghazali ibarat pemintal kain, Imam ‘Abdul Wahab asy-Sya’rani ibarat tukang potong dan al-Habib Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad adalah penjahitnya.

Syaikh Hussin bin Muhammad BaFadhal al-Makki (wafat 1087H) mengatakan: Bahwa ada 3 tokoh pada masanya. Pertama, yang halnya menutupi maqalnya iaitu Al-Habib Muhammad bin ‘Alwi al-Saqqaf (mufti Mekah), kedua yang maqalnya menutupi halnya iaitu Syaikh Ahmad al-Qusyasyi (mufti Madinah, wafat 1071H), dan ketiga, yang sampai pada darjah sempurna diantara hal dan maqalnyanya itu al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad. Syaikh Hussin baFadal juga mengatakan: Dia (Imam al-Haddad) adalah lautan bathin dan dzahir.

Al-Habib Abu Bakar al-Jufri (wafat 1089H) mengatakan: Aku telah berkumpul dengan lebih dari 40 orang waliyullah, tetapi aku tidak pernah mneyaksikan seperti Sayyid ‘Abdullah al-Haddad, dan tidak ada pula yang mengunggulinya. Dia ialah Nafas Rahmani.


Kewafatannya: Khamis 27 Ramadhan 1132H, beliau mula sakit dan sakitnya berlanjutan selama 40 hari sampai akhirnya pada malam Selasa 7 Dzulqaedah 1132H (bersamaan 10 September 1720M), al-Habib Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Ali al-Haddad رضي الله عنه dijemput Allah kehadratNya ketika berusia 89 tahun. Makam beliau رضي الله عنه terletak di kawasan pemakaman Zanbal, di kota Tarim. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada ruhnya dan memberi manfaat kepada kita dengan ilmu-ilmunya


اَلَّلهُمَّ انْشُرْنَفَحَاتِ الِّرضْوَانِ عَلَيْهِ، وَأَمِدَّنَا بِالأَسْرَارِ الَّتِي أَوْدَعْتَهَالَدَيْهِ. اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلىَ جَدِّهِ النَّبِيِّ الأَمِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعْيْنَ

Ya Allah! Sebarkanlah hembusan keredhaanMu ke atasnya dan limpahkanlah ya Allah, kepada kami segala rahsia yang Engkau simpan disisinya. Ya Allah! Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan keatas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dan keatas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekalian

الفاتحة إلى حضرة النبي محمد صلى الله عليه وآله وسلم وإلى روح سيدنا قطب الإرشاد وغوث العباد والبلاد الحبيب عبد الله بن عاوي بن محمد الحداد وأصوله وفروعهم أن الله يعلي درجاتهم في الجنة ويكثر من مثوباتهم ويضاعف حسناتهم ويحفظنا بجاههم وينفعنابهم ويعيد علينا من بركاتهم وأسرارهم وأنوارهم وعلومهم ونفحاتهم في الدين والدنيا والآخرة - الفاتحة

Sebagai mengakhiri manaqib ringkas Imam al-Haddad, ambo bawakan sepotong nashihat beliau yang sangat berharga untuk panduan kita ….. dari himpunan syair beliau berjudul ad-Durrul Mandzum yang ambo petik dari blog Ustaz Abu Muhammad (Bahrusshofa)



Jika kau ingin hidup bahagia sepanjang umurmu dan setelah mati, kuburmu dijadikan taman syurga;


Dan engkau dibangkitkan tatkala tiupan sangkakala dalam keadaan aman dari rasa takut, terancam, terusir dan dari kerugian;

Dan dihadapkan (kepada Allah) dalam kemuliaan dan keagungan, diberi khabar gembira oleh para malaikat dengan kejayaan dan ganjaran pahala;

Dan diberatkan timbangan amalanmu dengan amalan-amalan yang menggembirakan engkau di Padang Mahsyar;

Dan engkau melintasi sepantas kilat titian ash-Shirath, serta meneguk minuman dari telaga Nabi al-Mustofa yang suci;

Dan hidup kekal dalam syurga-syurga yang tinggi penuh keni'matan, mendapat bahagian untuk dekat dengan Tuhan yang Satu, Maha Esa dan Tunggal;

Dan engkau melihatNya dengan matamu dalam keadaan Dia Maha Suci dari bertempat, dari kaifiyyat, dari had dan batasan;

Maka perelokkan keyakinanmu, kerana sesungguhnya apabila keyakinan telah sempurna, yang ghaib akan nampak nyata tanpa diengkari;

Dan jadikanlah Asy'ariyyah sebagai pegangan i'tiqadmu, kerana sesungguhnya ia adalah sumber minuman yang suci bersih dari penyimpangan dan kekufuran;

Dan telah menyusun Quthubul Imam sandaran kita, 'aqidahnya yang merupakan penawar bagi segala marabahaya;

Dan orang yang kumaksudkan dengannya itu ialah satu-satunya yang disifatkan dengan gelaran Hujjatul Islam (yakni Imam al-Ghazali رحمه الله ), maka sudah sepatutnya engkau berasa bangga.

Sekian dari,
al-Fagir Abu Zahrah al-Qedahi
Taman Sri Gombak
Selangor Darul Ehsan

Gambar sebelah: Pengalaman ambo dan teman-teman ketika menziarahi Masjid al-Fath, antaranya dapat memegang tasbih yang diguna oleh Imam al-Haddd dan sholat sunat diruangan Imam al-Haddad berkhlawah.


Thursday, September 17, 2009

Buat Pengunjung al-Fanshuri

Wednesday, September 2, 2009

Abuya Maliki Akan Senantiasa Dikenang……….. Bhg. 5 (Akhir)

Sambungan dari Bhg.4

Kewafatannya: Shubuh Jum’at 15 Ramadhan 1425H bersamaan 29 Oktober 2004M, sekitar jam 4.30 pagi waktu Makkah umat islam diseluruh dunia dikejutkan dengan kewafatan beliau. Beliau رضي الله عنه wafat setelah lebih kurang 2 jam setengah menamatkan kuliah terakhirnya bersama lebih daripada 600 orang muridnya. Seluruh masyarakat dunia yang mengenali beliau diselubungi rasa sedih yang mencengkam, menangisi pemergian beliau untuk selamanya. Dunia Islam kehilangan seorang ulama besar yang gigih menegakkan dan mempertahankan yang golongan ahli sunnah wal jamaah yang diwarisi dari zaman Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, ulama yang tidak mengenal letih dalam mendidik, mentarbiah, menyebarkan ilmu, berdakwah, sebagainya.



Jenazahnya pertama kali disholatkan di rumahnya di Rushaifah diimamkan oleh adindanya Sayyid Abbas. Kemudian di bawa ke Masjidil Haram dengan diiringi hampir 300,000 pencintanya, dan disholatkan dihadapan ka’bah oleh puluhan ribu, bahkan mungkin jutaan manusia yang berada di Masjidilharam dengan diimamkan oleh Imam Subayl.


Kemudian jenazahnya diiringi oleh lautan manusia ke tanah perkuburan Ma’ala untuk upacara pemakaman, sambil melaungkan kalimah tahlil dan takbir. Laluan-laluan ke perkuburan Ma’ala ditutup kepada kenderaan dek kerana dilimpahi oleh ratusan ribu pencintanya. Dikatakan lebih 500 orang tentera dikerah untuk mengawal lautan manusia yang mengiringi jenazahnya ke perkuburan Ma’ala. Jenazahnya disemadikan disebelah ayahandanya yang tercinta. Manakala diseluruh pelusuk dunia pula, umat Islam tidak putus-putus mengadakan sholat ghaib untuk beliau ….. ini bermakna jutaan kaum muslimin yang mengsholatkannya. Allahu Allah. Satu kemuliaan yang Allah berikan kepada ulama yang berjasa ini. Setelah kewafatannya, tempat beliau diganti oleh ananda beliau Sayyid Ahmad bin Sayyid Muhammad al-Hasan bin Sayyid ‘Alawi bin Sayyid ‘Abbas al-Maliki al-Hasani.


Perginya beliau رضي الله عنه tiada gantinya. Hadits memberitahu …. Daripada Abu Darda رضي الله عنه katanya: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang pergi di pagi hari kerana inginkan ilmu dan untuk mempelajarinya semata-mata kerana Allah Ta’ala, nescaya Allah Ta’ala akan membukakan baginya satu pintu menuju syurgaNya, para malaikat membentangkan sayapnya untuknya dan demikian juga ikan-ikan dilaut. Kelebihan orang yang alim itu ke atas orang yang abid apalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang dilangit. Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim (Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi)

Hadits daripada Abdullah bin ‘Amr bin Ash رضي الله عنهما:
Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Semoga Allah Ta’ala mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan beliau bersama junjungan besar kita, nendanya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Semoga Allah Ta’ala juga membalas jasa beliau atas segala jasa yang dicurahkan oleh beliau kepada umat Islam.

Moga-moga dengan mengingati dan mengasihi ulama besar ini, al-Faqir berharap, kelak beroleh syafaat darinya dan terlebih lebih lagi dari Datuknya, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Itulah harapan ambo yang faqir ini.

أحب الصالحين ولست منهم - لعلي أن أنال بهم شفاعة

Kasih aku akan segala orang yang shalih, dan tiada aku daripada mereka itu mudah-mudahan bahawa mendapat aku dengan mereka itu akan syafa' at.


*******************

اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Ya Allah! Sebarkanlah hembusan keredhaanMu keatasnya dan limpahkanlah Ya Allah kepada kami segala rahsia yang Engkau simpan disisinya.
Ya Allah kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan keatas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad dan keatas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekalian.

الفاتحة إلى حضرة النبي صلى الله عليه وآله وسلم و الى روح سيدنا الحبيب محمد بن علوي المالكي الحسني


Sekadar inilah yang mampu al-Faqir kongsikan bersama. Seandainya terdapat kesalahan atau kesilapan, al-Faqir memohon kemaafan.

Sekian dari,
Al-Faqir Abu Zahrah
Taman Seri Gombak
Selesai pada 11 Ramadhan 1430H.

Rujukan:
  • Ath-Tholi’ as-Sa’iid al-Muntakhib Min al-Musalsalaat wa al-Asaaniid oleh as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maaliki al-Hasani
  • Al-‘Iqdul Fariid al-Mukhtasor Min al-Atsbaat wa al-Asaaniid oleh as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maaliki al-Hasani
  • Al-Maliki Ulama Rabbani Abad Ke-21 oleh Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki [buku ini sangat bagus untuk dimiliki kerana memaparkan biografi Abuya Maliki dengan terperinci)
  • Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani رحمه الله تعالى : Sejarah Hidup Dan Dasar-dasar Pemikirannya oleh Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki.
  • Dan lain-lain


Abuya Maliki Akan Senantiasa Dikenang……….. Bhg. 4

Sambungan dari Bhg. 3

Pengiktirafan: Sumbangan beliau رضي الله عنه di bidang keilmuan dan pendidikan mendapat pengiktirafan daripada Universiti al-Azhar di mana beliau رضي الله عنه telah dikurniakan gelaran ‘Ustaziyyah’ atau ‘Professor’ pada tanggal 2 Shafar 1421 bersamaan 6 Mei 2000M.


Perhatian Ulama Kepada Karangannya - Kitab Mafahim: Sebuah kirab karangan beliau yang paling terkenal dimana lebih dari 40 orang ulama besar, seluruh dunia memberikan pujian, taqridhz dan taqdim bagi kitab tersebut. Antaranya:
  • Fadhilatusy Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf - Mantan Mufti Mesir, Ulama Besar Mesir;
  • Al-‘Allamah al-Muarrikh al-Faqih Syaikh Muhammad bin Ahmad bin Hasan al-Khazraji – Menteri Hal Ehwal Islam dan Waqaf Emiriah Arab Bersatu juga Mantan Qadhi Abu Dhabi
  • Syaikh Professor Dr. Muhammad at-Thoyyib an-Najjar – Mantan Rektor Universiti al-Azhar;
  • Professor Dr. Abu al-Wafa al-Taftazani – Wakil Universiti Qaherah
  • Fadhilatul Faqih al-Mufti Syaikh Muhammad bin ‘Abdurramhan Aal asy-Syaikh Abi Bakar bin Salim
  • Syaikh Imam Musa Dhaifullah – Anggota Perikatan Islam Sedunia dan Imam Negara Chad;
  • Samahah al-Imam al-‘Allamah al-‘Arifbillah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf – Imam Hadramaut (sekarang menetap di Jeddah);
  • Sayyid Abdullah Kanuun al-Hasani – Setiausaha Agong Perikatan Ulama Maghribi;
  • Dr. al-Husaini Abdul Majid Hasyim – Universiti al-Azhar;
  • Dr ‘Abdur Rauf Syalabi – Wakil al-Azhar asy-Syarif;
  • Sayyid Yusuf Hasyim ar-Rifa`I, Kuwait;.
  • Dr. Abdul Fattah ‘Abdullah Barakah – Pusat Penyelidikan Islam Qaherah;
  • Dr. Ahmad Umar Hasyim – Mantan Ketua Jabatan Hadits dan Dekan Kuliah Ushuluddin, Zaqaziq;
  • Syaikh Muhammad as-Sanrawi – Ketua Pemeriksa di al-Azhar dan Penasihat Agama di Negeri Fayyum, Mesir;
  • Syaikh Ahmad al-‘Awadh Madani – Qadhi Mahkamah Tinggi Sudan dan Pengerusi Majlis Fatwa Syar’ie;
  • Al-‘Allamah al-Muhaddits al-Muhaqqiq al-Faqih Syaikh Muhammad asy-Syazuli an-Naifur - Tunisia;
  • Al-‘Allamah al-Faqih Syaikh Muhammad Faal al-Banaani - Mauritania;
  • Al-‘Allamah Syaikh Muhammad Salim bin Muhammad ‘Ali bin ‘Abdul Wadud ( 'Aduud) - Mantan Ketua Mahkamah Tinggi Republik Islam Mauritania;
  • Al-‘Allamah al-Faqih al-Muhaddits as-Sayyid Abdullah bin Muhammad bin as-Siddiq al-Ghumari – Ulama Besar Maghribi;
  • Al-‘Allamah al-Muhaddits as-Sayyid ‘Abdul Aziz bin Muhammad bin as-Siddiq al-Ghumari – Ulama Besar Maghribi;.
  • Sayyid Muhammad bin ‘Ali al-Habsyi – Pengerusi Pusat Islam Indonesia;
  • Sayyid Ibrahim bin Umar bin 'Uqail – Mufti Liwa Ta’iz, Yaman;
  • Maulana Muhammad Malik al-Kandahlawi – Syaikhul Hadits Universiti al-Asyrafiyyah Lahore, Pakistan;
  • Maulana Muhammad Ubaidulah al-Mufti – Timbalan Cancelor Universiti ‘Abdur Rahman, Pakistan;
  • Maulana Hamid Miyah bin Muhammad Miyah – Presiden Persatuan Ulama Pakistan;
  • Dr. Abdur Razzaq Iskandar – Pengarah Pelajaran dan Setiausaha Agung Universiti Ilmu-ilmu Islam, Karachi, Pakistan;
  • Syaikh Muhammad Yusuf al-Banuri – Timbalan Pengarah Universiti Ilmu-ilmu Islam, Karachi, Pakistan ;
  • Sayyid Muhammad ‘Abdul Qadir Azad – YDP Majlis Ulama Pakistan;
  • Syaikh Nafis al-Husaini - Pakistan;
  • Maulana Ali Ashghar – Khatib Wilayah Punjab, Lahore, Pakistan;
  • Maulana Muhammad Abdul Wahid – Khatib Jami’ Islam Wilayah Sailakut, Pakistan;
  • Professor Dr. Hasan al-Fatih Qaribullah – Rektor Universiti Umm Durman, Sudan;
  • Professor Ahmad Abdul Ghafur 'Athar – Makkah al-Mukarramah;.
  • Al-‘Allamah Syaikh Yusuf bin Ahmad as-Siddiq, Bahrain
  • Sayyid Ahmad bin Muhammad Zabbarah – Mufti Republik Yaman;
  • Syaikh Asad bin Hamzah bin ‘Abdul Qadir – Ulama Zabid, Yaman;
  • Sayyid Abdul Hadi 'Ujail - Yaman;
  • Syaikh Muhammad Hizam al-Muqrimi – Ta’iz, Yaman;
  • Syaikh Ahmad ‘Ali al-Washobi – Amil Wasiat, Mahkamah Zabid, Yaman;
  • Sayyid Muhammad bin Sulaiman – Mufti Zabid, Yaman;
  • Syaikh Abd Karim bin Abdullah - Yaman;
  • Syaikh Husain bin Abdullah al-Washobi - Yaman;
  • Sayyid Muhammad ‘Ali al-Baththah - Yaman;
  • Syaikh Muhammad Ali Mukarram – Mufti liwa al-Hadidah
  • Syaikh Muhammad bin ‘Ali al-Manshur – Pengetua Kolej-kolej Antarabangsa di San’aa, Yaman;
  • Muhammad ‘Aziz al-Rahman a-Haqqani al-Hazarawi – Khatib dan Imam Masjid as-Siqqid al-Akbar di Rawalpindi, Pakistan dan juga khalifah kepada al-‘Allamah al-Muhaddits Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi.
  • Syaikh Abu Zaid Ibrahim Sayyid - Perunding Bahasa ‘Arab Republik Arab Mesir
  • Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahid Ahmad – Ulama al-Azhar
  • Al-‘Allamah Syaikh Husin Mahmud Mu’awwadh – Ulama al-Azhar
  • Syaikh Abdul Salam Jabran – Pengerusi Majlis ilmu Wilayah Marakesh, Maghribi.

Keperibadiannya: Beliau رضي الله عنه seorang yang tegas. Lidahnya fasih mengatakan kebenaran. Seorang yang pemurah. Seorang yang penyayang. Sangat memuliakan ilmu dan ulama. Beliau juga seorang yang sangat memulia dan membesarkan guru-guru beliau, serta sangat mengasihi murid-murid beliau. Murid-muridnya dianggap seperti anaknya sendiri. Beliau seorang yang zuhud dan wara’. Sentiasa melazimi sholat berjemaah dan sholat tahajjud.


Abuya Berceramah Mengenai Maulidur Rasul


Abuya Maliki Akan Senantiasa Dikenang……….. Bhg. 3

Sambungan dari Bhg.2

Mengajar:
3 hari selepas kewafatan ayahanda beliau, ulama Makkah telah berkumpul dan memberi tanggungjawab kepada beliau untuk mengajar di tempat ayahanda beliau di Masjidilharam. Sewaktu majlis pengajian beliau yang pertama di tempat ayahandanya di Masjidilharam, ianya bukan sahaja dihadiri oleh penuntut ilmu, bahkan dihadiri oleh ulama besar Makkah, iaitu:

  • Syaikh Hasan bin Muhammd al-Masyaath
  • Syaikh ‘Abdullah Sa’id al-Lahji
  • Syaikh ‘Abdullah Dardum
  • Syaikh Zakaria Bila
  • Sayyid Muhammad Amin al-Kutbi
  • Syaikh Muhammad Nur Saif
  • Syaikh Ismail Utsman Zain dan
  • Syaikh Ibrahim al-Fathoni


Tempat beliau mengajar di Masjidilharam yang diwarisi dari ayahnya, Sayyid 'Alawi

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah kuliyyah syariah di Universiti Malik ‘Abdul ‘Aziz di Jeddah dan kemudian Universiti Ummul Qura di Makkah dari tahun 1390H – 1399H. Kemudian beliau meminta untuk berhenti menjadi pensyarah untuk bermusafir berdakwah dan menubuhkan madrasah beliau sendiri.

Membuka madrasah: Sewaktu beliau bermusafir ke Indonesia pada tahun 1394H, beliau telah berkumpul dan berbincang dengan para ulama disana, khususnya para habaib, antaranya dengan Habib ‘Ali Bungur. Seterusnya mereka meminta Sayyid Muhammad untuk membuka sebuah madrasah untuk anak-anak mereka di Makkah dengan menghidupakan pengajaran dan amalan para masyaikh terdahulu yang berlandaskan ahlus sunnah wal jama’ah, kerana mereka tidak dapat menghantarkan anak-anak mereka ke Hadramaut disebabkan cengkaman komunis di Yaman.

Dan akhirnya madrasah ditubahkan di rumah beliau di Utaibiah yang mana kemudiannya berpindah ke Rusaifah. Disinilah beliau رضي الله عنه mencetak penerus kepada kesinambungan ulama silam. Di dalam penerimaan murid, beliau رضي الله عنه tidak menerimanya sembarangan, semuanya adalah dengan isyarat.


Menghasilkan karya: Beliau رضي الله عنه menghasilkan banyak karya di dalam pelbagai disiplin ilmu seperti aqidah, tafsir, hadits, ushul fiqih, fiqih, tasawwuf, sirah nabawiyyah dan lain-lain, antaranya:

Di bidang aqidah:
  • مفاهيم يجب أن تصحح
  • منهج السلف في فهم النصوص بين النظرية و التطبيق
  • هو الله
  • قل هذه سبيلي
  • التحذير من المجازفة في التكفير
  • الغلووأثره في الإرهاب وإفساد المجتمع
  • تحقيق الآمال فيما ينفع الميت من اللأعمال
  • شرح عقيدة العوام – Perhatian! Kitab ini bukan karya beliau tetapi dihimpun oleh murid beliau KH Muhammad Ihya Ulumiddin, Mudir Ma’had Nurul Haramain, Pujun, Malang, Indonesia. Kitab ini merupakan himpunan syarh oleh Abuya Maliki keatas Mundzumah ‘Aqidah al-‘Awwam. Al-Faqir memasukkannya kedalam senarai ini kerana ianya mencerminkan pemikiran Abuya Maliki di dalam aqidah ahlus sunnah wal jamaah.

Di bidang tafsir:
  • وهو بالأفق الأعلى
  • زبدة الإتقان
  • القواعد الأساسية في علوم القران

Di bidang hadits, mustholah hadits dan sanad:
  • أنوار المسالك إلى روايات موطأ مالك
  • تحقيق موطإ الإمام مالك – رواية ابن قاسم
  • المنهل اللطيف في أصول الحديث الشريف
  • القواعد الأساسية في علم مصطلح الحديث
  • الطالع السعيد المنتخب من المسلسلات والأسانيد
  • العقد الفريد المختصر من الأثبات والأسانيد
  • العقود اللؤلؤية بالأسانيد العلوية (kitab beliau himpunkan sanad-sanad ayahnya, Sayyid ‘Alawi)

Di bidang ushul fiqih:
  • القواعد الأساسية في أصول الفقه
  • شرح منطومة الورقات

Mengenai ibadat haji dan sejarah kota Makkah:
  • الحج – فضائل وأحكام
  • في رحاب البيت الحرام
  • لبيك اللهم لبيك

Di bidang Sirah Nabawiyyah:
  • محمد الإنسان الكامل
  • الذخائر المحمدية
  • خصائص الأمة المحمدية
  • تاريخ الحوادث والأحوال النبوية
  • الزيارة النبوية بين الشرعية والبدعة
  • المدح النبوي بين الغلو والإنصاف
  • شفاء الفؤاد بزيارة خير العباد
  • حول الإحتفال بذكرى المولد النبوي الشريف
  • الأنوار البهية من إسراء ومعراج خير البرية
  • مولد الحافظ الديبعي (beliau mentahqiqkan kitab ini)


Di bidang zikir dan amalan kerohanian:

  • أبواب الفرج
  • شوارق الأنوار من أدعية السادة الأخيار
  • الحصون المنيعة

Di bidang pelbagai ilmu:
  • أدب الإسلام في مظام الأسرة
  • صلة الرياضة بالدين
  • كشف الغمة في اصطناع المعروف ورحمة الأمة
  • القدوة الحسنة في منهج الدعوة إلي الله
  • المستشرقون بين الإنصاف والعصبية
  • مفهوم التطور والتجديد في الشريعة الإسلامية
  • ماذا في شعبان


Kitab yang dikumpulkan dan ditahqiq:
  • مجموع فتاوى ورسائل الإمام السيد علوي المالكي الحسني (himpunan fatwa-fatwa dan surat-surat Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)
  • نفحات الإسلام من البلد الحرام – دروس ومحاضراب العلامة المحدث المسند الإمام السيد علوي المالكي الحسني (himpunan syarahan dan ucapan Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)
  • فهرست الشيوخ والأسانيد للإمام السيد علوي المالكي الحسني (Himpunan guru-guru dan sanad-sanad Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)

Setahun sebelum kewafatannya, beliau رضي الله عنه diundang untuk membentangkan kertas kerja di- dalam Hiwar Fikri di Makkah atas undangan Ketua Umum Masjidil Haram, Syaikh Sholeh bin Abdur Rahman tanggal 5 - 9 Dzulqaidah 1424H dengan kertaskerjanya berjodol "al-Ghuluw wal I'tidal Ru`ya Manhajiyyah Syamilah". Beliau juga turut melancarkan karangannya berjodol "al-Ghuluw Dairah fil Irhab wa Ifsad al-Mujtama`".

Pada tanggal 11 Dzulqaidah 1424H, beliau mendapat kesempatan untuk memberikan ceramah di hadapan wakil raja, Amir Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz yang mana intipati ceramahnya, mengenai usaha menyatukan suara ulama dan menjalin persatuan dan kesatuan da’wah.



seterusnya Bhg.4 ....