Friday, April 30, 2010

Tuan Guru Haji Ali Seliau: Pakar Nahwu dan Shorof

Pendahuluan: Sepanjang pengetahuan penyusun sehingga akhir tahun 1990an, tidak banyak wujud institusi pondok yang beroperasi secara penuh masa yang dikendalikan oleh seorang bertaraf Tuan Guru di Negeri Sembilan kecuali Pondok Haji Ali di Siliau. Pondok ini terletak lebih kurang 5 km dari Pekan Rantau dan terdapat papan tanda tertulis “Yayasan Pondok Haji Ali” dalam tulisan jawi yang menjadi penunjuk jalan ke pondok tersebut. Dari simpang jalan besar, kita akan melalui kawasan taman perumahan baru dan jalan kecil bertar yang ditumbuhi semak samun di kiri kanan jalan lebih kurang 0.8 km. Ketika hidupnya, penyusun tiada kesempatan untuk menziarahi Tuan Guru ini walaupun ramai rakan-rakan seperjuangan menyebut kelebihan berguru di pondok tersebut.

Latar Belakang: Nama penuh Tuan Guru ini ialah Haji Ahmad @ Ali Bin Haji Musa. Allahyarham dilahirkan dalam tahun 1926 di kampung ini. Ibunya bernama Jumah Binti Pawang Jali. Haji Ali pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Isteri pertamanya orang tempatan, kedua dari Seremban dan terakhir dengan gadis Kelantan. Beliau memperolehi ramai anak antaranya ialah Haji Mohsin, Ehsan, Rodiah, Mardhiah, Rohani dan Ahmad. Dengan isteri dari Kelantan, beliau mendapat anak lelaki bernama Ibrahim yang kini masih mengaji di Sik, Kedah bersama ibunya. Kampung Siliau terletak dalam Mukim Rantau dan berhampiran Linggi yang banyak melahirkan ulama terbilang.

Pendidikan: Allahyarham Haji Ali mula berguru dengan Tuan Sheikh Ahmad Said Mufti Negeri Sembilan di Pondok Rasah, Seremban lebih kurang 5 tahun dalam tahun 1930an. Dari Sheikh Ahmad inilah beliau mewarisi amalan tarekat Ahmadiah. Selepas itu beliau memondok pula di Padang Renggas, Perak dan terakhir di Pendang, Kedah. Haji Ali pernah mengajar di Pondok Tanah Merah, Pendang iaitu berdekatan dengan Pekan Pendang sekarang. Lebih kurang 5 tahun pula ia berkhidmat di sana sebelum memutuskan untuk balik ke kampung halaman. Menurut Abdul Aziz Bin Yaakob atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Janggut, Allahyarham berhenti mengajar di Pendang apabila dibayar gaji oleh Jawatankuasa Pondok. Beliau tidak mahu menerima gaji dan sebelum itu guru-guru pondok hanya menerima infak dari kutipan zakat sahaja. Beliau amat berhati-hati dalam menerima pemberian atau mencari rezeki.

Membuka Pondok: Pondok Haji Ali di Siliau ini mula dibuka di awal tahun 1970an atau sebelum tahun 1974. Penuntut-penuntut yang memondok di sini datang dari serata negeri termasuklah dari Sabah, Sarawak dan Indonesia. Ramai kalangan anak muridnya berjaya melanjutkan pelajaran di pusat pengajian dalam dan luar negara seperti di Aceh, Mesir, Madinah, Yaman dan Jordan. Nama beliau turut dikenali oleh pensyarah-pensyarah di Universiti Timur Tengah kerana kebolehannya dalam mengajar ‘saraf nahu Bahasa Arab’ sehingga dikatakan ada pensyarah yang menyarankan penuntut-penuntut Melayu yang lemah menguasai Bahasa Arab supaya balik belajar dengan Tuan Guru ini.

Di pondok ini, Tuan Haji Ali mengajar secara langsung dan mencurahkan ilmu agama tanpa mengenal penat lelah. Kelebihan yang ketara ialah beliau mampu mengajar dari pagi hingga larut malam secara solo. Pernah Tuan Guru sakit dalam tahun 1987, beliau masih sanggup mengajar walaupun di perbaringan kerana uzur. Murid-murid akan mengelilingi Tuan Guru mereka untuk mendapatkan ilmu. Sebelum akhir hayatnya, ramai penuntut dari universiti tempatan datang berguru. Beliau memuji pelajar-pelajar universiti yang mudah menerima ilmu yang disampaikannya. Miskipun begitu, ramai juga penuntut-penuntut yang dianggap lemah berjaya mendapat pendidikan tinggi selepas diasuh dari pondok ini.

Perwatakan: Allahyarhan Haji Ali dikatakan bertubuh badan sederhana dan peramah. Mudah bermesra dengan sesiapa sahaja tanpa membezakan usia atau kedudukan. Beliau mudah mengangkatkan kedua belah tangannya apabila bertemu kenalan. Menariknya, Tuan Guru ini gemar mendekati golongan yang dianggap nakal atau jauh dari penghayatan Islam. Padanya mereka perlu didekati dan didakwahi secara hikmah dan bukan dijauhi. Beliau juga tidak keberatan mempelawa wanita yang tidak bertudung kepala untuk membonceng ( menumpang) motosikalnya. Dalam kesempatan itu beliau akan menyampaikan dakwahnya secara tidak langsung.

Walau bagaimanapun, Allahyarham agak teguh pendirian dan tegas memastikan murid-muridnya di pondok menghayati tuntutan agama. Beliau akan mendenda sesiapa yang dijumpai merokok di kawasan pondok. Jika terserempak, alamatnya mereka akan dipaksa memikul puntung rokok tersebut.

Kegigihannya dalam mengajar agama ini dikagumi ramai orang. Beliau pernah ditanyakan tentang rahsia atau pertua yang membolehkan beliau berjaya mengajar ramai penuntut, Tuan Guru yang warak ini hanya mengulang perkataan “ senang” beberapa kali dan diakhir dengan “..sabar..”. Itulah jawapan yang ringkas dan bersahaja keluar dari mulutnya. Mungkin kerana sifat kesabaran ini membolehkan beliau mencurahkan ilmu di dada hingga larut malam tanpa mengenal erti penat lelah.

Penulisan Kitab: Allahyarham sempat menghasilkan kitab terjemahan/ tafsir Al Quraan bagi Surah Al Waqiah, Kitab bagi kaedah nahu Bahasa Arab (dalam tulisan jawi) dan berkaitan tasawuf. Banyak kitab-kitab dari tulisan tangannya dipinjam atau berpindah tangan di kalangan anak-anak muridnya.

Kelebihan Guru: Melalui perkhabaran mereka yang pernah berguru dengan beliau, mereka mengatakan Tuan Guru Haji Ali seolah-olah dapat membaca persoalan dalam minda penuntutnya dan beliau akan menjawab atau menghuraikan permasalahan tersebut secara jelas. Beliau mampu mengajar tanpa buku atau nota di tangan dan berupaya mengawasi penuntutnya seramai 98 orang dalam suatu masa. Allahyarham Haji Ali menentukan tempat pengajian lanjutan kepada anak-anak muridnya. Jika beliau merasakan mereka berkebolehan untuk membuka pondok maka diarahkannya pergi menuntut di Mekah. Sebaliknya jika terfikir untuk makan gaji maka disuruhnya ke Mesir dan lain-lain tempat.

Murid-murid yang ke Mekah bukan belajar di pusat pengajian formal tetapi mengaji dengan ulama tertentu sekitar Mekah. Pengajian dijalankan secara terbuka dan ada kalangan guru mereka itu seolah-olah telah diberitau oleh Haji Ali tentang kehadiran anak murid beliau. Antara guru-guru yang mengajar di Mekah ini ialah Sheikh Abdullah Mas’ud yang berasal dari Petani. Beliau berusia lebih 60 tahun dan menetap di Mekah sejak umur 8 tahun mengikut datuknya. Guru yang lain ialah Sheikh Muhamad Sedawa Al Fathani dan Sheikh Abdul Hamid Naimul Azmi dari Lombok, Indonesia. Semua guru-guru ini adalah pengamal tarekat Ahmadiah sama dengan amalan Tuan Guru Haji Ali.

Ramai orang kampung dan anak muridnya yang menunaikan fardhu haji terserempak dengan beliau di tanah suci sedangkan beliau tidak termasuk kalangan jamaah haji musim tersebut. Allahyarham juga dikatakan boleh hadir di suatu tempat yang jauh tanpa menaiki kenderaan.

Kematian: Sebelum hari kematiannya, Allahyarham ada memberitahu murid-muridnya bahawa ada tetamu telah datang menjemputnya. Salah seorang muridnya Cikgu Mokhtar, berada di sisi Tuan Guru ketika beliau sedang di ambang sarakatul maut. Beliau dan beberapa anak murid melihat dengan jelas lidah Haji Ali bagai kaca yang berkilau. Ratib zikirullah dapat didengari keluar dari lehernya.

Malam hari kematiannya, hujan turun dengan lebat. Banyak kawasan yang tidak pernah banjir telah dinaiki air. Muridnya bernama Zamri Zakaria dan Haji Nizarfar Hamthan menyaksikan pokok-pokok kayu rebah ke bumi ketika mereka memandu kereta untuk membuat laporan kematian di Balai Polis Rantau, tetapi anehnya apabila dalam perjalanan pulang tiada pula pokok-pokok yang tumbang. Terdapat juga dakwaan melihat buaya-buaya Sungai Linggi naik ke tebing sungai. Pendek kata terdapat perkara-perkara pelik tapi benar telah berlaku di hari kematian Tuan Guru yang warak ini.

Allahyarham Haji Ahmad @ Ali bin Haji Musa meninggal dunia pada tanggal 1 April 1998 dalam usia 74 tahun. Kematian beliau dianggap kehilangan besar bagi penduduk negeri ini kerana hanya beliau sahaja yang berjaya bertahan menghidupkan institusi pondok di negeri adat perpatih ini sehingga akhir abad kedua puluh. Pengajian agama di pondoknya disambung pula oleh anak sulungnya Ustaz Mohsin Haji Ali yang mengajar secara separuh masa sahaja kerana masih berkhidmat di sebuah sekolah di Linggi. Kita berdoa agar pusat pengajian ini akan berkekalan dan pewarisnya meneruskan perjuangan Tuan Guru tersebut untuk mendidik anak bangsa dalam bidang agama. Amin.

Sumber: Blog Lebai Kampung dan Pondok Haji Ali


Monday, April 5, 2010

Baqiyatus Salaf wa Sayyidul Khalaf: al-Iman al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf (1331/1913 - 1431/2010)

Shubuh Ahad 19 Rabi’ul Akhir 1431H bersamaan 4 April 2010M, membawa berita yang teramat sedih kepada keluarga besar ‘Alawiyyin dan para Muhibbin khususnya dan kaum Muslimin umumnya, iaitu berita kewafatan al-Marhum almaghfurlah al-Habib al-Quthub 'Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf. Beliau kembali ke rahmatuLlah sebelum waktu Fajar di Jeddah, Arab Saudi, setelah sekian lama uzur.


Al-Fagir, secara peribadi tersangat sedih apabila menerima sms dari al-Fadhil Ustaz Azian, Imam Masjid al-Falah, tengahari semalam. Terkedu seketika, dan tanpa dipaksa, airmata mengalir laju tatkala mendapat berita tersebut. Allahu Allah …. Rasanya bukan al-Fagir seorang saja yang berperasaan begitu, semestinya para muhibbin seluruh dunia, apatah lagi murid-murid beliau. Dan al-Fagir merasakan bukan penghuni bumi sahaja yang menangisinya, bahkan penduduk langit juga. Allahu Allah.

Berita kewafatan beliau tersebar luar diinternet. Ramai yang mengucapkan ta’ziah dan mungkin ramai tertanya-tanya siapakah gerangan al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf? Maka al-Fagir meluangkan sedikit kesempatan yang ada untuk memaparkan manaqib beliau secara ringkas. Dan tulisan ini al-Fagir khusus buat beliau. Walaupun al-Fagir belum pernah bertemu, namun nama dan kisah mengenai beliau sering al-Fagir dengar. Dan dari situlah tumbuh rasa kecintaan al-Fagir kepada beliau. Sementelahan lagi beliau adalah merupakan guru kepada guru-guru al-Fagir. Sekian lama menyimpan azam untuk menziarahi beliau, namun tidak kesampaian. Maka untuk itu al-Fagir dedikasikan nukilan yang serba kekurangan serta dhoif ini buat beliau رضي الله عنه sebagai tanda kasih dan cinta al-Fagir kepada beliau.

Nasab: Beliau adalah al-Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Umar bin Saqqaf bin Muhammad bin ‘Umar bin Thoha as-Saqqaf.


Kelahiran: Dilahirkan di kota Sei`un (سيؤن) atau Seiwun, Hadramaut pada bulan Jumadilakhir 1331H/1913M. Beliau lahir dari keluarga yang sholeh. Ayahanda beliau (foto sebelah) iaitu al-Habib Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Umar bin Saqqaf bin Muhammad bin ‘Umar bin Thoha as-Saqqaf, adalah seorang ulama ‘arifbillah. Dan begitu juga dengan bonda beliau, asy-Syarifah ‘Alawiyyah binti al-Habib Ahmad bin Muhammad al-Jufri, seorang wanita sholehah yang suka pada kebajikan. Beliau dibesarkan oleh kedua ayahanda dan bonda yang sholeh sehingga sejak kecil beliau telah dihiasi dengan hidayah dan ketakwaan.


Ayahanda beliau al-Habib Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Umar bin Saqqaf bin Muhammad bin ‘Umar bin Thoha as-Saqqaf adalah merupakan seorang ulama terkemuka di Hadhramaut yang merupakan murid kepada al-‘Arifbillah al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi, penyusun Simthud Durar. Dan guru beliau, al-Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi pernah berkata: Al-Habib Ahmad bin ‘Abdurrahman adalah Imam Wadi al-Ahqaf (Hadhramaut). Ayahanda beliau wafat setelah menunaikan sholat ‘asar, petang hari Sabtu, 4 Muharram 1357. Manakala bonda beliau wafat pada 23 Rajab 1378 iaitu bersamaan dengan hari kewafatannya al-Habib Salim bin Hafidz bin ‘Abdullah, iaitu datuknya Guru Mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz.

اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Isyarat Dari al-Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi رضي الله عنه وأرضاه: Ketika bonda beliau sedang mengandung dan melahirkan bayi laki-laki, bayi tersebut telah diberi nama ‘Abdul Qadir atas isyarat daripada al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi, namun tidak lama kemudiannya bayi tersebut meninggal dunia. Tatkala Syarifah ‘Alawiyyah mengandung lagi dan melahirkan seorang bayi laki-laki, al-Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi juga mengisyaratkan agar bayi tersebut diberi nama Abdul Qadir. Dan al-Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi mengatakan bahwa bayi ini kelak akan menjadi orang yang mulia yang mengabdikan hidupnya untuk taat kepada Allah dan menjadi seorang yang dihiasi dengan ilmu, amal dan ihsan.

اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Pendidikan: Al-Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf mendapat pendidikan dari ayahanda beliau sendiri. Menurut cerita yang disampai oleh guru al-Fagir iaitu Baba ‘Abdul Aziz yang berpeluang menziarahi beliau sewaktu menunaikan umrah tahun lepas, beliau berkata: al-Habib al-Qadir bin Ahmad as-Saqqaf, telah mengkhatam ratusan buah kitab ketika usianya masih belasan tahun. Di didik oleh ayahanda beliau sendiri.


Selain daripada belajar dengan ayahandanya beliau juga belajar dari ramai guru lain, antaranya:
  • Syeikh Taha bin Abdullah BaHamid.
  • Syeikh Hasan bin ‘Abdullah BaRaja, ketika di Madrasah an-Nahdhatul ‘Ilmiyyah. Dari guru beliau ini, beliau menghafal al-Quran serta menguasai Qira’ah as-Sab’ah.
  • Al-Habib Umar bin Hamid bin Umar As-Saqqaf
  • Al-Habib ‘Umar bin ‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf
  • Al-Habib ‘Abdullah bin Aidarus al-Aidarus
  • Al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Habsyi
  • Al-Habib Hussin bin ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Habsyi
  • Al-Habib ‘Abdul Baari bin Syeikh al-Aidarus
  • Al-Habib Muhammad bin Hadi as-Saqqaf (foto atas)
  • Al-Habib ‘Abdullah bin Umar bin Hamid as-Saqqaf
  • Al-Habib Hasan bin Ismail bin as-Syeikh Abi Bakar bin Salim
  • Al-Habib Hamid bin ‘Alwi al-Bar dan ramai lagi

اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Murid-murid beliau: Beliau adalah guru kepada ramai ulama. Tambahan lagi beliau dikurniakan Allah dengan umur yang panjang, maka ramailah ulama yang dapat mengambil faedah dari beliau. Antara murid-murid beliau yang ramai itu, al-Fagir sekadar tahu beberapa nama, antaranya:
  • as-Sayyid Muhammad bin 'Alawi al-Maliki رضي الله عنه وأرضاه
  • Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Sumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
  • Al-Habib Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syathiri حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
  • Al-Habib Abu Bakar al-Adni bin ‘Ali al-Masyhur حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
  • Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
  • Al-Habib ‘Ali bin ‘Abdurrahman al-Jufri حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
  • Al-Habib Muhammad bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته

اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Teman-teman beliau yang telah pergi mendahului beliau: Antaranya:

اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Berdakwah dan menyebarkan ilmu: Setelah kewafatan ayahandanya beliau meneruskan usaha ayahandanya untuk menyebarkan ilmu dan dakwah. Namun apabila Yaman Selatan dikuasai oleh regim komunis, maka keadaan bertukar menjadi sukar. Para ‘alim-ulama tiada lagi kebebasan untuk berdakwah. Dan mereka dijadikan sasaran kekejaman regim komunis.

Pada bulan Rabi’ ats-Tsani tahun 1393, beliau dapat ke Aden dan tinggal di sana selama 1 bulan. Dan setelah itu beliau telah dapat keluar dari tanahairnya yang dikuasai komunis untuk ke Singapura. Pada bulan Jumadilawwal 1393, beliau ke Indonesia.



Dari Indonesia, beliau seterusnya ke bumi Hijaz dan menetap di sana. Dimana beliau berada, tujuannya adalah untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu. Beliau seterusnya meneruskan rehlah dakwahnya ke Lubnan, Syria, Mesir, Nairobi, Kenya, Juzur al-Qamar (Comoros) dan Tanzania. Kemudian kembali ke Kenya dan seterusnya pada bulan Ramadhan 1394 kembali ke bumi Hijaz dan menetap Hijaz. Dan sana, beliau menjadi pengasuh majlis-majlis ta’lim di Mekah, Madinah dan Jeddah.


اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Keperibadian: Selain terkenal sebagai seorang yang ‘alim, beliau juga seorang yang wara, ‘abid, berakhlak mulia. Ketinggian akhlaknya mampu menawan hati sesiapa sahaja. Kedalaman dan keluasan ilmunya, kewarakannya, kebijaksaannya dalam menyampaikan ilmu dan dakwah menyebabkan beliau dikasihi dan dihormati. Pendek cerita, beliau mewarisi sifat-sifat datuknya yang mulia, Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Dikhabarkan bahwa Buya Hamka pernah ziarah kepada beliau sewaktu di Jeddah, dan setelah berbincang dengan beliau, akhirnya Buya Hamka mengakui bahawa Baitun Nubuwwah Bani Zahra min Ali masih wujud dan berkesinambungan dalam darah para saadah Bani Alawi. Allahu Allah.

Mengenai kedalaman ilmunya, al-Fagir pernah diberitahu oleh pamannya al-Habib Sholeh bin Ahmad bin Salim al-Aidarus (maaf …. Al-Fagir lupa namanya …) bahwa al-Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf pernah menjadi rujukan ulama al-Azhar disekitar tahun 70an dahulu.


اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Kewafatan: Beliau رضي الله عنه وأرضاه telah lama uzur. Dan sebelum Fajar hari Ahad, 19 Rabi’al-Akhir 1431H bersamaan 4 April 2010, beliau رضي الله عنه وأرضاه kembali ke rahmatuLlah di Jeddah. Beliau menutup umur pada usia 100 tahun.


اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين




الفاتحة إلى حضرة النبي محمد صلى الله عليه وآله وسلم وإلى روح سيدنا الحبيب عبد القادر بن أحمد السقاف وأصوله وفروعه وتلامذته والمنتسبين إليه أجمعين، أن الله يعلي درجاتهم في الجنة ويكثر من مثوباتهم ويضاعف حسناتهم ويحفظنا بجاههم وينفعنابهم ويعيد علينا من بركاتهم وأسرارهم وأنوارهم وعلومهم ونفحاتهم في الدين والدنيا والآخرة - الفاتحة




Nukilan:
Al-Fagir Abu Zahrah
Taman Seri Gombak,
Shubuh, 20 Rabi’al-Akhir 1431


Sumber rujukan: Bahrus Shofa, Bisyarah dan lain-lain. Dan insyaAllah tulisan ini akan dikemaskini dari masa kesemasa apabila al-Fagir mendapat maklumat tambahan. Segala kekurangan dan kesalahan fakta mohon dimaafkan dan diperbetulkan.



ٍSuasana di Ma'ala Sewaktu Pemakaman al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf

اللهم اغفر له و ارحمه و اجعل قبره روضة من رياض الجنة











ٍ

Al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf ketika memberikan ijazah









************************************************************

Qasidah Pujian Muhibbin terhadap al-Imam al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf



عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد

ياوارد البحر الذي فيه الدرر توجد * أورد فهذا بحر عبد القادر بن احمد
سليل بيت المجد زاكي الأصل والمعتد *وخليفة الاجداد

عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد

كم كنت أتمنى أشاهد منه ذا المشهد * لي فيه أنوار النبي والآل تتوقد
وفيه كم من ألوية للأولياء تعقد * وتقام به الاعياد

عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد

وفيه اسرار المهاجر والفقيه الجد * واولاده السقاف والمحضار حامي الحد
والشيخ ابو بكر الذي فيض العطا يمتد *منه إلى الأولاد

عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد

هم اللي اعتنوا به في الصغر من ساعة المولد * واعطوه من اسرارهم مايطلبه وأزيد
وعليه يتعنى بنا في اليوم ذا والغد * يقسم لنا في الزاد

عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد
هم قدوتي وعقيدتي والسول والمقصد * قبل اياديهم دواما عبر هذه اليد
واستشعرن الجمع تم كله في المفرد *بالنص والاسناد

عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد

دركاه شوني فوق جرف يكاد ان ينهد * لي مايجرونه هله مابيجره حد
حاشا تحيلوني إلى سعدون أومسعد * مامنهم إنقاذ

عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد

يامفرد ايامك وتاج العصر ياأوحد * من شاهد أنوارك وحسنك قال مالك ند
من بعد أسلافك لنا فيك الغناء والزاد * والله لنا بك جاد

عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد

ماحد لنا من غيركم ياسيد ماحد * يؤخذ بأيدينا اذا حامي البلاوى وأشتد
كم شفاعة عند رب العرش ماترتد* وتقرب الأبعاد

عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد
متى اشوفك في تريم الخير تتهجد * وتمد في سفح الطويلة لي بساطك مد
وفي حريضة والقويرة تنعش المقعد * وأستقبلك في اسعاد

عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد
الله يحقق الاماني علني اسعد * بالقرب من اهلي فقد طال الجفا والصد
عدني اليهم ياصمد والعود لي احمد * والشوق عندي زاد

والختم صلوا على النبي الهادي محمد * صلاة ماشي حصر يحصرها ولاشى عد
وآله مصابيح الدجا مافاح عرف الند * واصحابه الامجاد

عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد

Al-Fagir Abu Zahrah
Taman Seri Gombak
21 Rabi'ul Akhir 1431/6 April 2010



Related Posts with Thumbnails