Wednesday, September 2, 2009

Abuya Maliki Akan Senantiasa Dikenang……….. Bhg. 3

Sambungan dari Bhg.2

Mengajar:
3 hari selepas kewafatan ayahanda beliau, ulama Makkah telah berkumpul dan memberi tanggungjawab kepada beliau untuk mengajar di tempat ayahanda beliau di Masjidilharam. Sewaktu majlis pengajian beliau yang pertama di tempat ayahandanya di Masjidilharam, ianya bukan sahaja dihadiri oleh penuntut ilmu, bahkan dihadiri oleh ulama besar Makkah, iaitu:

  • Syaikh Hasan bin Muhammd al-Masyaath
  • Syaikh ‘Abdullah Sa’id al-Lahji
  • Syaikh ‘Abdullah Dardum
  • Syaikh Zakaria Bila
  • Sayyid Muhammad Amin al-Kutbi
  • Syaikh Muhammad Nur Saif
  • Syaikh Ismail Utsman Zain dan
  • Syaikh Ibrahim al-Fathoni


Tempat beliau mengajar di Masjidilharam yang diwarisi dari ayahnya, Sayyid 'Alawi

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah kuliyyah syariah di Universiti Malik ‘Abdul ‘Aziz di Jeddah dan kemudian Universiti Ummul Qura di Makkah dari tahun 1390H – 1399H. Kemudian beliau meminta untuk berhenti menjadi pensyarah untuk bermusafir berdakwah dan menubuhkan madrasah beliau sendiri.

Membuka madrasah: Sewaktu beliau bermusafir ke Indonesia pada tahun 1394H, beliau telah berkumpul dan berbincang dengan para ulama disana, khususnya para habaib, antaranya dengan Habib ‘Ali Bungur. Seterusnya mereka meminta Sayyid Muhammad untuk membuka sebuah madrasah untuk anak-anak mereka di Makkah dengan menghidupakan pengajaran dan amalan para masyaikh terdahulu yang berlandaskan ahlus sunnah wal jama’ah, kerana mereka tidak dapat menghantarkan anak-anak mereka ke Hadramaut disebabkan cengkaman komunis di Yaman.

Dan akhirnya madrasah ditubahkan di rumah beliau di Utaibiah yang mana kemudiannya berpindah ke Rusaifah. Disinilah beliau رضي الله عنه mencetak penerus kepada kesinambungan ulama silam. Di dalam penerimaan murid, beliau رضي الله عنه tidak menerimanya sembarangan, semuanya adalah dengan isyarat.


Menghasilkan karya: Beliau رضي الله عنه menghasilkan banyak karya di dalam pelbagai disiplin ilmu seperti aqidah, tafsir, hadits, ushul fiqih, fiqih, tasawwuf, sirah nabawiyyah dan lain-lain, antaranya:

Di bidang aqidah:
  • مفاهيم يجب أن تصحح
  • منهج السلف في فهم النصوص بين النظرية و التطبيق
  • هو الله
  • قل هذه سبيلي
  • التحذير من المجازفة في التكفير
  • الغلووأثره في الإرهاب وإفساد المجتمع
  • تحقيق الآمال فيما ينفع الميت من اللأعمال
  • شرح عقيدة العوام – Perhatian! Kitab ini bukan karya beliau tetapi dihimpun oleh murid beliau KH Muhammad Ihya Ulumiddin, Mudir Ma’had Nurul Haramain, Pujun, Malang, Indonesia. Kitab ini merupakan himpunan syarh oleh Abuya Maliki keatas Mundzumah ‘Aqidah al-‘Awwam. Al-Faqir memasukkannya kedalam senarai ini kerana ianya mencerminkan pemikiran Abuya Maliki di dalam aqidah ahlus sunnah wal jamaah.

Di bidang tafsir:
  • وهو بالأفق الأعلى
  • زبدة الإتقان
  • القواعد الأساسية في علوم القران

Di bidang hadits, mustholah hadits dan sanad:
  • أنوار المسالك إلى روايات موطأ مالك
  • تحقيق موطإ الإمام مالك – رواية ابن قاسم
  • المنهل اللطيف في أصول الحديث الشريف
  • القواعد الأساسية في علم مصطلح الحديث
  • الطالع السعيد المنتخب من المسلسلات والأسانيد
  • العقد الفريد المختصر من الأثبات والأسانيد
  • العقود اللؤلؤية بالأسانيد العلوية (kitab beliau himpunkan sanad-sanad ayahnya, Sayyid ‘Alawi)

Di bidang ushul fiqih:
  • القواعد الأساسية في أصول الفقه
  • شرح منطومة الورقات

Mengenai ibadat haji dan sejarah kota Makkah:
  • الحج – فضائل وأحكام
  • في رحاب البيت الحرام
  • لبيك اللهم لبيك

Di bidang Sirah Nabawiyyah:
  • محمد الإنسان الكامل
  • الذخائر المحمدية
  • خصائص الأمة المحمدية
  • تاريخ الحوادث والأحوال النبوية
  • الزيارة النبوية بين الشرعية والبدعة
  • المدح النبوي بين الغلو والإنصاف
  • شفاء الفؤاد بزيارة خير العباد
  • حول الإحتفال بذكرى المولد النبوي الشريف
  • الأنوار البهية من إسراء ومعراج خير البرية
  • مولد الحافظ الديبعي (beliau mentahqiqkan kitab ini)


Di bidang zikir dan amalan kerohanian:

  • أبواب الفرج
  • شوارق الأنوار من أدعية السادة الأخيار
  • الحصون المنيعة

Di bidang pelbagai ilmu:
  • أدب الإسلام في مظام الأسرة
  • صلة الرياضة بالدين
  • كشف الغمة في اصطناع المعروف ورحمة الأمة
  • القدوة الحسنة في منهج الدعوة إلي الله
  • المستشرقون بين الإنصاف والعصبية
  • مفهوم التطور والتجديد في الشريعة الإسلامية
  • ماذا في شعبان


Kitab yang dikumpulkan dan ditahqiq:
  • مجموع فتاوى ورسائل الإمام السيد علوي المالكي الحسني (himpunan fatwa-fatwa dan surat-surat Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)
  • نفحات الإسلام من البلد الحرام – دروس ومحاضراب العلامة المحدث المسند الإمام السيد علوي المالكي الحسني (himpunan syarahan dan ucapan Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)
  • فهرست الشيوخ والأسانيد للإمام السيد علوي المالكي الحسني (Himpunan guru-guru dan sanad-sanad Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)

Setahun sebelum kewafatannya, beliau رضي الله عنه diundang untuk membentangkan kertas kerja di- dalam Hiwar Fikri di Makkah atas undangan Ketua Umum Masjidil Haram, Syaikh Sholeh bin Abdur Rahman tanggal 5 - 9 Dzulqaidah 1424H dengan kertaskerjanya berjodol "al-Ghuluw wal I'tidal Ru`ya Manhajiyyah Syamilah". Beliau juga turut melancarkan karangannya berjodol "al-Ghuluw Dairah fil Irhab wa Ifsad al-Mujtama`".

Pada tanggal 11 Dzulqaidah 1424H, beliau mendapat kesempatan untuk memberikan ceramah di hadapan wakil raja, Amir Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz yang mana intipati ceramahnya, mengenai usaha menyatukan suara ulama dan menjalin persatuan dan kesatuan da’wah.



seterusnya Bhg.4 ....


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails