Pengiktirafan: Sumbangan beliau رضي الله عنه di bidang keilmuan dan pendidikan mendapat pengiktirafan daripada Universiti al-Azhar di mana beliau رضي الله عنه telah dikurniakan gelaran ‘Ustaziyyah’ atau ‘Professor’ pada tanggal 2 Shafar 1421 bersamaan 6 Mei 2000M.
Perhatian Ulama Kepada Karangannya - Kitab Mafahim: Sebuah kirab karangan beliau yang paling terkenal dimana lebih dari 40 orang ulama besar, seluruh dunia memberikan pujian, taqridhz dan taqdim bagi kitab tersebut. Antaranya:
- Fadhilatusy Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf - Mantan Mufti Mesir, Ulama Besar Mesir;
- Al-‘Allamah al-Muarrikh al-Faqih Syaikh Muhammad bin Ahmad bin Hasan al-Khazraji – Menteri Hal Ehwal Islam dan Waqaf Emiriah Arab Bersatu juga Mantan Qadhi Abu Dhabi
- Syaikh Professor Dr. Muhammad at-Thoyyib an-Najjar – Mantan Rektor Universiti al-Azhar;
- Professor Dr. Abu al-Wafa al-Taftazani – Wakil Universiti Qaherah
- Fadhilatul Faqih al-Mufti Syaikh Muhammad bin ‘Abdurramhan Aal asy-Syaikh Abi Bakar bin Salim
- Syaikh Imam Musa Dhaifullah – Anggota Perikatan Islam Sedunia dan Imam Negara Chad;
- Samahah al-Imam al-‘Allamah al-‘Arifbillah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf – Imam Hadramaut (sekarang menetap di Jeddah);
- Sayyid Abdullah Kanuun al-Hasani – Setiausaha Agong Perikatan Ulama Maghribi;
- Dr. al-Husaini Abdul Majid Hasyim – Universiti al-Azhar;
- Dr ‘Abdur Rauf Syalabi – Wakil al-Azhar asy-Syarif;
- Sayyid Yusuf Hasyim ar-Rifa`I, Kuwait;.
- Dr. Abdul Fattah ‘Abdullah Barakah – Pusat Penyelidikan Islam Qaherah;
- Dr. Ahmad Umar Hasyim – Mantan Ketua Jabatan Hadits dan Dekan Kuliah Ushuluddin, Zaqaziq;
- Syaikh Muhammad as-Sanrawi – Ketua Pemeriksa di al-Azhar dan Penasihat Agama di Negeri Fayyum, Mesir;
- Syaikh Ahmad al-‘Awadh Madani – Qadhi Mahkamah Tinggi Sudan dan Pengerusi Majlis Fatwa Syar’ie;
- Al-‘Allamah al-Muhaddits al-Muhaqqiq al-Faqih Syaikh Muhammad asy-Syazuli an-Naifur - Tunisia;
- Al-‘Allamah al-Faqih Syaikh Muhammad Faal al-Banaani - Mauritania;
- Al-‘Allamah Syaikh Muhammad Salim bin Muhammad ‘Ali bin ‘Abdul Wadud ( 'Aduud) - Mantan Ketua Mahkamah Tinggi Republik Islam Mauritania;
- Al-‘Allamah al-Faqih al-Muhaddits as-Sayyid Abdullah bin Muhammad bin as-Siddiq al-Ghumari – Ulama Besar Maghribi;
- Al-‘Allamah al-Muhaddits as-Sayyid ‘Abdul Aziz bin Muhammad bin as-Siddiq al-Ghumari – Ulama Besar Maghribi;.
- Sayyid Muhammad bin ‘Ali al-Habsyi – Pengerusi Pusat Islam Indonesia;
- Sayyid Ibrahim bin Umar bin 'Uqail – Mufti Liwa Ta’iz, Yaman;
- Maulana Muhammad Malik al-Kandahlawi – Syaikhul Hadits Universiti al-Asyrafiyyah Lahore, Pakistan;
- Maulana Muhammad Ubaidulah al-Mufti – Timbalan Cancelor Universiti ‘Abdur Rahman, Pakistan;
- Maulana Hamid Miyah bin Muhammad Miyah – Presiden Persatuan Ulama Pakistan;
- Dr. Abdur Razzaq Iskandar – Pengarah Pelajaran dan Setiausaha Agung Universiti Ilmu-ilmu Islam, Karachi, Pakistan;
- Syaikh Muhammad Yusuf al-Banuri – Timbalan Pengarah Universiti Ilmu-ilmu Islam, Karachi, Pakistan ;
- Sayyid Muhammad ‘Abdul Qadir Azad – YDP Majlis Ulama Pakistan;
- Syaikh Nafis al-Husaini - Pakistan;
- Maulana Ali Ashghar – Khatib Wilayah Punjab, Lahore, Pakistan;
- Maulana Muhammad Abdul Wahid – Khatib Jami’ Islam Wilayah Sailakut, Pakistan;
- Professor Dr. Hasan al-Fatih Qaribullah – Rektor Universiti Umm Durman, Sudan;
- Professor Ahmad Abdul Ghafur 'Athar – Makkah al-Mukarramah;.
- Al-‘Allamah Syaikh Yusuf bin Ahmad as-Siddiq, Bahrain
- Sayyid Ahmad bin Muhammad Zabbarah – Mufti Republik Yaman;
- Syaikh Asad bin Hamzah bin ‘Abdul Qadir – Ulama Zabid, Yaman;
- Sayyid Abdul Hadi 'Ujail - Yaman;
- Syaikh Muhammad Hizam al-Muqrimi – Ta’iz, Yaman;
- Syaikh Ahmad ‘Ali al-Washobi – Amil Wasiat, Mahkamah Zabid, Yaman;
- Sayyid Muhammad bin Sulaiman – Mufti Zabid, Yaman;
- Syaikh Abd Karim bin Abdullah - Yaman;
- Syaikh Husain bin Abdullah al-Washobi - Yaman;
- Sayyid Muhammad ‘Ali al-Baththah - Yaman;
- Syaikh Muhammad Ali Mukarram – Mufti liwa al-Hadidah
- Syaikh Muhammad bin ‘Ali al-Manshur – Pengetua Kolej-kolej Antarabangsa di San’aa, Yaman;
- Muhammad ‘Aziz al-Rahman a-Haqqani al-Hazarawi – Khatib dan Imam Masjid as-Siqqid al-Akbar di Rawalpindi, Pakistan dan juga khalifah kepada al-‘Allamah al-Muhaddits Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi.
- Syaikh Abu Zaid Ibrahim Sayyid - Perunding Bahasa ‘Arab Republik Arab Mesir
- Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahid Ahmad – Ulama al-Azhar
- Al-‘Allamah Syaikh Husin Mahmud Mu’awwadh – Ulama al-Azhar
- Syaikh Abdul Salam Jabran – Pengerusi Majlis ilmu Wilayah Marakesh, Maghribi.
Keperibadiannya: Beliau رضي الله عنه seorang yang tegas. Lidahnya fasih mengatakan kebenaran. Seorang yang pemurah. Seorang yang penyayang. Sangat memuliakan ilmu dan ulama. Beliau juga seorang yang sangat memulia dan membesarkan guru-guru beliau, serta sangat mengasihi murid-murid beliau. Murid-muridnya dianggap seperti anaknya sendiri. Beliau seorang yang zuhud dan wara’. Sentiasa melazimi sholat berjemaah dan sholat tahajjud.
No comments:
Post a Comment